Salam…
Ina berpindah…..huhu…Rasa sayang sebenarnya tuk pindah dari sini.Tapi it’s ok..
Ina berpindah…..huhu…Rasa sayang sebenarnya tuk pindah dari sini.Tapi it’s ok..
~Satu..Kasih nan abadi tiada tandingi DIA yang satu..
Dua..sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya IBU..
Tiga..lapar dan dahaga rela berpayahan setianya AYAH..
Empat..mudah kau ketemu,perhati selalu beza antara KASIH dan KEKASIH~
SATU…Kerana kasih-NYA,kita lahir ke dunia.Antara berjuta,kita yang terpilih untuk melihat dan mendiami Bumi Allah yang sementara.Betapa beruntungnya kita.Dianugerahkan nikmat Iman dan Islam sejak mata celik melihat alamnya.Menghirup udara percuma yang amat bernilai,mengamati keindahan ciptaan-Nya dan mengagumi kebesaran-Nya.Beruntungnya kita diberi peluang itu..Bukankah itu salah satu tanda Kasih-Nya??
DUA…Insan paling hampir yang bergelar Ibu..Mak..Ummi..Mama.Paling mengenali sifat kita,paling memahami tabiat kita,paling setia disisi.Selaut kasih Ibu,tak mungkin terbalas walau dengan berjuta hadiah.Dalamnya kasih Ibu..Sanggup berkorban,berjauhan dari anaknda tersayang yang jauh di perantauan.Menanggung rindu yang ternyata perih.Duhai IBU,kasihmu penguat semangatku.Doa restumu penentu kejayaanku.
TIGA…Tanpanya siapalah kita?Dimanalah kita berpijak?Pada siapalah nama ini disandarkan?Ayah..terlalu banyak pengorbananmu buat diri ini.Terlalu banyak.Penat lelahmu mencari rezeki,hanya Allah yang tahu.Letih lesumu,tak pernah kau keluhkan.Berbahagialah diri ini mempunyai ayah sepertimu.Yang menyayangiku,melindungiku dan menjadi penyokong setia tika diri hampir terjatuh.Duhai Ayah,tak perlu kau ragu,Kasihku padamu tiada bertepi.
EMPAT…Insan asing yang sukar ditemui,sukar dicari.Namun,bila Allah sudah menetapkan..akan bertemu jua.Perancangan ALLAH adalah yang sebaiknya.Betapa indahnya ..tika mana takdir yang menentukan.Hadirnya tanpa diduga,tanpa di pinta.Semoga dia bisa menjadi pembimbing diri,penghibur hati dan teman menempuh hidup sebagai seorang insan.Moga bertemu.
Satu,dua,tiga,empat,
Anugerah terindah buat diri,
Hanya pada Nya syukur ku panjat,
Terima kasih atas nikmat di beri.
Lumrah bagi insan bernama manusia.Sekuat dan segagah mana pun dia,satu ketika pasti akan di uji.Ujian yang datang menguji diri.Menguji sejauh mana kekuatan.Menguji keimanan kepada Tuhan..
Tatkala mehna mendatang,terkadang diri merasa lemah.Lemas.Lelah.Sempit.Tertekan.Tanpa disedari,manik-manik jernih di hujung mata jatuh tanpa dipinta.Usah mengeluh,usah di tanya mengapa.Kerana sesungguhnya ujian yang datang dariNYA adalah ‘hadiah berharga’ dari Sang Pencipta untuk hambanya yang beriman.
Di saat menikmati segala kurniaan dan pemberianNya..Mungkin, adakala diri terleka,terlupa,hanyut seketika..Mungkin..Betapa dalamnya kasih Allah pada hambanya.Di waktu diri terlalai dari mengigatiNya,DIA masih disisi.Sentiasa.Ujian yang datang bukan percuma.Sebaliknya mentarbiyyah diri,mengajar erti kesabaran,erti berdikari dan mensyukuri nikmatnya selalu.Usah kau lemah.Ingatlah bahawa aku ada di sini.Teman-teman sentiasa disisi.Keluarga pendokong sejati.Bersabarlah menghadapi ujian ini.Kerana dalam berjuta,engkau insan terpilih.
Paling utama,DIA.Yakinlah akan janjiNYA…Firmannya yang bermaksud…
‘’Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya’’
‘’Berdoalah kepada KU,nescaya akan KU perkenankan kepadamu’’
‘’Dan apabila hamba-hambaku bertanya padamu(Muhammad) tentang AKU,katakanlah sesungguhnya AKU DEKAT.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU.Hendaklah mereka memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU,agar mereka memperoleh kebenaran’’
‘’Telah berkata Jibril a.s: Wahai Allah,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu.Maka Allah berfirman:’’Biarkan hambaku itu…Kerna Aku mencintai rintih suaranya’’
Moga kau kuat menghadapi segala dan senyuman terukir semula di wajahmu…..
‘ Ke arah mengamalkan Sunnah Rasulullah s.a.w’ merupakan tema bagi Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah yang telah diadakan pada 9 Mac 2009 yang lalu.Sambutan yang dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Tarbiyyah BKPSM ini juga turut dihadiri oleh ahli-ahli BKPSM yang menetap di Zaqaziq,Mansurah,Dumyat dan adik-adik baru yang menetap di Tonto.
Berlainan daripada program-program yang Ina ikuti dan anjurkan sebelum ni,kali ni Ina diberi amanah dan tanggungjawab sebagai Pengarah Program.Fuh~Pada mulanya agak tidak yakin.Yalah apa tidaknya,pertama kali la katakan(heheh..)Rasa gugup dan gementar sudah tentu dirasa.Tetapi Alhamdulillah berkat sokongan rakan-rakan ,Ina terima sebaiknya.
’Bila lagi..??Disinilah waktu untuk kita belajar’.
‘Oklah tu, Banat yang jadi Pengarah.Biar banin tercabar sikit’.
‘Rilek Lina…boleh tu.Kami yakin.’(hehehe…antara kata-kata penguat semangat tuk Ina.)
Antara pengisian yang telah dijalankan pada malam itu adalah Sesi ceramah yang disampaikan oleh Ketua Biro Dakwah dan Tarbiyyah iaitu Ustaz Hafiz Bin Hamzah yang menyentuh tentang sejarah di sebalik sambutan Maulidur Rasul itu sendiri.Sejurus selepas itu,tayangan animasi yang bertajuk ‘Muhammad utusan terakhir’ yang mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam ditayangkan.Rasanya tayangan tu berjaya menarik minat para Mahasiswa dan Mahasiswi untuk terus duduk dan memeriahkan sambutan tersebut. Malam tu juga,sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan Nasyid dan kompang, sebelum sambutan ditutup dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Kuiz.
Alhamdulillah..Alhamdulillah.Ina dah buat yang terbaik rasanya tuk malam tu.Ternyata satu pengalaman dan pembelajaran baru tuk Ina.Terlintas di fikiran…Kalau disini pun keberanian untuk berhadapan dengan orang ramai tidak ada,bagaimana pula keadaan apabila Ina sudah balik ke Tanah Air nanti??Bagaimana mahu berhadapan dengan masyarakat?Berdakwah…..Bagaimana??Ala kulli hal ucapan syukran jazilan bagi mereka yang banyak menyokong dan memberi kepercayaan pada Ina.Baarakallahu Fikum…
Potret sebagai kenangan..Sepanjang cuti semester1 tahun kedua Ina di Bumi Mesir..Ku dedikasikan khas buat tatapan AYAH IBU & KELUARGA TERCINTA yang jauh di mata tapi dekat selalu dihati…….^_^
Sejarah lampau dijejaki ,
Permandangan indah diamati ,
Kebesaran Illahi di kagumi ,
Memori berharga tersemat dihati….(^_^)
LESSA AHLA KALAM….SUBHANALLAH(^_^)
Kaki menyusun langkah..
Setapak demi setapak disusun kemas..
Saban hari,minggu dan tahun..
Kaki ini pernah mengeluh…sakit…penat..
Namun,hati seakan tidak rela untuk berhenti
‘Jauhnya kuliah..malaslah’
Sedih..Adilkah alasan itu yang diungkapkan?
‘Kalau datang pun,belum tentu faham…penat iya!!’
Bibir melafaz Istighfar…Sekali lagi beristighfar
Bukankah itu sudah ‘tugas’ bagi penuntut ilmunya Tuhan..?
Lumrah dalam jihad seorang insan bernama pelajar
Sesuatu ynag manis tak akan datang secara percuma
Diuji dengan kepayahan,kesulitan..satu kewajipan
Pesanan guru pemangkin semangat
“Tiap langkahmu bukan sekadar langkah yang biasa”
“Debu berterbangan hasil jejakmu di tanah itu adalah debu yang pernah dipijak
oleh para Ulama Dini,Ahli Sufi dan Imam-imam”
“Ia adalah langkah barakah…ingatlah Allah sentiasa bersamamu”
Duhai teman..usah mengeluh…usah hilang semangat..
Yakinlah akan janji Khaliq pada hambanya yang keluar untuk mencari ilmu
‘..akan dipermudahkan baginya jalan ke syurga’
Bibir mengukir senyuman lantaran semangat dan keyakinan yang kembali berbunga
Diri yang lemah berdoa meminta padaNYA
Moga langkah ini dituntuni Rabbi
Moga langkah ini bukan sekadar langkah biasa
Langkah yang sia-sia…memenatkan
Sebaliknya langkah yang penuh barakah dari ILAHI
InsyaALLAH….^_^
Sebaik sahaja selesai menghadapi Imtihan fasa 1,Ina dan rakan-rakan memulakan cuti dengan bermusafir ke Iskandariah.Sebuah bandar moden yang tidak banyak beza dari segi kesibukannya dengan Kaherah.Tujuan utama ialah untuk mengikuti Rehlah yang dianjurkan oleh DMSI.Rehlah kali ini,kami dibawa untuk melawati dan menziarahi Kubu Salahuddin Al Ayubi,Maqam Nabi Daniel,teater Yunani Rom dan sebagainya.Jejak pertama kaki ini memasuki kawasan Qal’ah Salahudin,perasaan bercampur-baur.Kagum,gerun,bangga….semua.Kesedaran untuk mengkaji dan mencari semua maklumat dan sejarah hidup seorang pejuang Islam ini berkobar-kobar.Kerana yang diinginkan dari rehlah ini bukan setakat bercuti makan angin dan menangkap gambar sebagai kenang-kenangan tetapi ilmu dan sejarah perlu dikaji,kerana bagi Ina ia sangat penting bagi seorang Mahasiswi Islam.
Sejurus selepas kembali ke Kaherah dengan perasaan yang sangat rindu..Cuti kali ini seperti lazimnya WISA mengadakan Hari Puteri.Ternyata amat meletihkan.Tetapi sangat berbaloi bagi Ina.Kerana masa inilah hubungan yang rapat terjalin antara Senior dan adik-adik baru.Kenangan yang amat manis.Tanpa berselang hari,program BKPSM diteruskan oleh BSUK dengan mengadakan Winter Sport.Fuhhhhh…..penatnya usah ditanya.Selesai sahaja aktiviti sukan,rata-rata semuanya sakit.Tapi tidak dinafikan aktiviti sukan yang dijalankan ini bukan suka-suka.Tetapi banyak manfaatnya,terutamanya kepada ahli-ahli BKPSM itu sendiri.
Seterusnya,antara yang Ina teruja untuk mengikuti program pada cuti semester ini ialah Rehlah ke Sinai anjuran BKER.Malam sebelum berlepas,entah mengapa rasa gementar membuat diri tidak senang duduk.Agak takut sebenarnya.Tetapi Alhamdulillah berkat sokongan rakan-rakan dan insan-insan tersayang niat diteruskan.Ketika kaki mendaki Gunung Sinai yang juga dikenali sebagai Jabal Musa itu,hati mengucap syukur yang tidak terhingga pada Allah kerana dengan izinnya,diri yang lemah ini diberi peluang untuk berpijak di tempat yang sama Nabi Allah itu pernah menyusun langkahnya.Perjalanan yang agak mengambil masa itu juga,membuat diri ini kagum pada Nabi Allah itu.Betapa besarnya pengorbanan dan kuatnya semangat utusan Allah itu.
4.50 pagi…dengan izinNYA Ina sampai ke puncak.Alhamdulillah…..Seakan ada rasa tidak percaya yang diri ini berjaya sampai ke puncak Sinai sebelum terbitnya Sang Mentari.Peluang solat Subuh berjamaah di atas sana,benar-benar mengusik hati seorang hamba yang amat kerdil.Dalam sujudku,terasa DIA begitu dekat.Dekat sekali.Subhanallah….=) Susah payah mendaki Sinai juga mengajar Ina.Bahawa tidak ada yang mudah dalam hidup ini.Sebelum mendapatkan sesuatu,pengorbanan dan kepayahan adalah syarat utama.Selain itu,jangan mudah berputus asa!!!!Kalau diikutkan.pada mulanya Ina tidak yakin mampu sampai ke puncak…tetapi Alhamdulillah.Setapak demi setapak..doa..yakin…tawakkal pada Allah….INSYALLAH….KULLU KHEIR..^_^
Kesimpulannnya,cuti kali ni memang betul-betul buat Ina dan kawan-kawan rasa letih sangat.Tapi….kenangan yang terindah sebagai balasannya.So Sweet(^_^)
Kalau tidak silap,Ina dapat mesej ni sebulan yang lepas.’Sila ‘up-date’ blog anda’.Teguran dari seorang sahabat yang prihatin.(Hah…kan dah kena sebiji??!Hehehe..)
Bukan Ina sengaja tidak mahu meng’up-date’ blog yang comel ni..tapi ketiadaan idea membataskan.Faktor masa juga salah satu yang menyumbang.Hmm..mungkin kurang membaca.Kalau sudah begitu,memang wajarlah alasan ketiadaan idea menjadi alasan.Tapi jika bebicara tentang minat..ya.Ina memang minat menulis.Rasanya rentetan dari minat membaca beralih kepada minat untuk menulis.Jika sekadar menulis untuk meluah..Ina memang mahir sekali.Catatan peribadi harian saja sudah cukup berjela.Boleh saja kiranya diterbitkan menjadi sebuah novel(ntah siapa yang sudi membaca..hehe).Terkadang alasan ‘Ina tiada bakat’ mematahkan semangat.Tapi Insyallah akan dibuang semua alasan-alasan ini.
Agak bangga dan teruja bila melawat bebarapa blog kegemaran Ina yang sudah tersimpan kemas di bahagian ‘Favorites’ laptop biru.Entri-entri mereka menarik sekali.’More matured’.Tidak kira samada artikel berbentuk hal ehwal semasa,pengetahuan am,sukan,ataupun sajak-sajak puitis.Mereka menyusun bahasa dengan baik sekali.Tahniah kepada mereka yang berkenaan dan teruskan usaha anda!=)
Itulah yang Ina mahukan.Menulis yang bukan sekadar menulis.Tapi menulis sesuatu yang boleh membawa serba sedikit manfaat dan info pada pelawat-pelawat blog.Ya…Ina akan cuba.Begitu juga pada mereka yang ada minat tapi merasa tiada bakat…Yakinlah,Insyallah boleh tu.Setapak demi setapak.Tak mengapa.Sebarang teguran dan komen amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan Syukran Jazilan..!
P/s:Izinkan kiranya saya membahasakan diri sebagai ‘Ina’.Hehehe..Rasanya telah terbiasa sejak kecil.(Jarang pulak tu kan?Biasanya ’saya’ atau ‘aku’)Ala kulli hal…Selamat melawat Blog yang serba biasa ini.. ^_^
Hati insan mana yang tidak luluh dan sedih,melihat sejumlah kanak-kanak,wanita dan golongan tua yang menjadi korban keganasan manusia yang tidak berperikemanusiaan??Sekeras-keras hati seorang manusia juga rasanya dapat ‘merasa’ penderitaan yang dialami oleh mereka.Apatah lagi kita??Kita yang hidup di atas Bumi Allah yang bergelar saudara seaqidah mereka.Sudah tentulah rasa sedih melihat betapa besarnya ujian Allah terhadap saudara-saudara kita disana.HIngga acap kali tanpa dipinta air mata menitis hiba. Pencerobohan pihak Zionis dan keganasan yang berlaku lebih 3 minggu itu telah mengorbankan lebih kurang 1,300 nyawa makhluk Tuhan yang bernama manusia.Dimanakah sifat simpati dan kemanusiaan itu hilang?Hampa.Kecewa.
Bagi mereka yang jauh mengembara ke Bumi Anbiya untuk mencari ilmu,rasanya kita lebih memahami dan dapat merasai penderitaan Bangsa Arab ini.Terasa dekat sekali.Dekat di hati.Berbanding mereka yang berada di Tanah Air,mungkin kurang terasa pedihnya kerana Alhamdulillah Bumi Malaysia kita hingga hari ini masih aman dari kejadian sedemikian rupa.Selain doa kita untuk mereka..apa lagi yang mampu untuk kita lakukan untuk membantu mereka?Selain ucapan yang terucap di bibir..’Eeee..kasihannya mereka’.BOIKOT.Ya,mungkin ada yang berpendapat apalah sangat kesannya jika dia tidak membeli setin Coca-cola kegemarannya??Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui perihal hamba-hambanya.Walau dilihat usaha ini seakan remeh,tapi yakinlah.InsyaALLAH ganjaran disisi Allah atas niat kita untuk membantu mereka di sana adalah lebih besar dan berharga.
Sebelum ini,Ina juga biasa sahaja membeli barangan ‘Muqataah’ ini,berikutan pasarannya yang meluas samada di Malaysia mahupun di mesir ini.Tetapi Alhamdulillah memang sejak kecil Ina tidak ‘layan’ minuman berkabonat,lebih-lebih lagi Cola.Begitu juga dengan makanan Fast Food seperti McD dan KFC.Syukur..agak mudah bagi Ina.Bagi rakan-rakan dan saudara-saudari sekalian mariah…Marilah kita sama-sama memboikot dengan tidak membeli barang-barang ini dengan niat supaya duit yang kita bayar itu tidak disalurkan untuk menindas saudara seagama kita sendiri.Mungkin tidak sesenang bercakap.Tapi berusahalah.Cuba.Ina yakin ada saja alternatif lain atau produk lain yang boleh menganti barangan ‘Muqataah’ ini.
Seiring dengan tindakan kita memboikot barang-barang ini,janganlah kita lupa untuk sentiasa mendoakan mereka di sana.Mudah-mudahan ALLAH SWT akan sentiasa melindungi mereka dari kekejaman musuh-musuh agama Allah ini.Dan semoga niat baik kita, serba-sedikit akan dapat membantu mereka…WALLAHU TAALA A’LAM…….
ALHAMDULILLAH YA RABB..Dua minggu telah berlalu
..4 madah tahun 2 telah selesai diduduki.Pengalaman menduduki Imtihan pada kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya.Pertama,rezeki dari ALLAH untuk aku melangkah ke tahun 2 Syariah Islamiah mengajarku untuk lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung pada rakan-rakan.Tahun ini aku rasa lebih ‘di uji’ dari segala segi.Kebanyakannya dari diri sendiri.Disiplin.Semangat.Azam.Alhamdulillah,setakat ini aku masih mampu membimbing diri yang lemah ini dengan pimpinan Nya,berkat doa ayah ibu tercinta dan mereka semua.Walau ada ketikanya rasa lemah dan hampir terjatuh,ku cuba gagahi semula.Dengan kelewatan kitab yang sampai pada awal semester dan di uji lagi bila ‘Guruku’ yang selamat kembali ke Tanah Air tanpa tamamkan madah(hehehe..) imtihan harus dilalui juga.’Kullu Aatin Qareeb’.Usaha yg terbaik sudah dilaburkan.Kini sebagai hambaNya aku berdoa dan tawakkal.Moga aku dan rakan-rakan Najah dan dilangkah ini sentiasa dituntuni rahmatNyAa.
Kedua,hmm..Imtihan tahun ini walaupun berjalan dalam musim Syita’ seperti yang lalu,tapi tahun ini dinginnya tidak sesejuk tahun lalu.Sifat manusia…Ada sahaja yang tidak kena.Sejuk salah,kurang sejuk pun salah.Hehehe…Bagi aku?Alhamdulillah..Segala yang ditentukannya ada baik dan buruk.Nasihat untuk diri sendiri…Belajarlah untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur akan nikmatNya. ^_^
Ketiga,perkara yang membuat fatrah imtihan ku kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya ialah ‘Sesuatu’.Sesuatu yang terjadi pada diriku yang berlaku dengan izinNya.Sesuatu yang lansung tidak pernah terlintas di benak fikiran seorang gadis biasa seperti aku.Benar-benar menguji aku.Pada Khaliq aku sentiasa berdoa dan memohon..Agar aku sentiasa kuat,tabah dan tidak lalai dalam menjalani semua ini.Sesunggunhya DIA sebaik-baik tempat mengadu.Pengalaman…Amat berharga bagiku.Tiada nilai yang tercipta untuk membelinya.Harapanku moga di hari-hari yang mendatang DIA sentiasa ada di sisiku untuk menuntun tiap langkah ku dan agar aku tidak hanyut dalam arus kehidupan.Semoga.Amin…..Salam Bitaufiq Wannajah untuk semua teman seperjuangan.